Pengikut

Isnin, 14 Januari 2013

ATM WAJIB BERUBAH. APE MACAM?

PKR merancang untuk mendapatkan 250,000 undi dari kem tentera dan berek polis seluruh negara yang selalunya mengundi untuk Barisan Nasional (BN), melihat kepada demografi sebagai kunci kemungkinan untuk menang dalam pilihan raya 2013. 

Pakatan Rakyat (PR) berharap dapat menggunakan isu terkini unit beruniform tersebut untuk “mendidik” pihak tentera mengenai perkara yang memberi impak kepada mereka, seperti perjanjian kontroversi kerajaan mengenai ketenteraan dan yang terbaru, apabila dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan untuk membeli syarikat penjual permaidani Deepak Jaikishan.

“Isu yang kini melibatkan Deepak dan LTAT, saya percaya ia harus disuarakan dengan lantang supaya tentera dapat memahami apa yang kerajaan buat dengan wang mereka,” kata ketua strategi pilihan raya PKR Mohamed Azmin Ali kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.

Beliau berkata, tidak mustahil untuk PKR melancarkan kempennya ke balai polis, kem tentera laut atau mana-mana kem, tetapi menjelaskan akhirnya parti tersebut mempunyai beberapa ahli dari pegawai tentera dari pelbagai pangkat.

Antaranya ialah Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, yang menyertai parti pada November 2011 dan kini merupakan pengerusi jawatankuasa keselamatan PKR.
“Kami dapat nama-nama besar dalam tentera yang menyertai kami seperti Jeneral Hadi, dan beliau mempunyai rangkaian dan pengaruh di kalangan anggota sekarang,” kata timbalan presiden PKR itu.

“Jadi kita akan gunakan pengaruh Jeneral Hadi dan beberapa ahli bagi mencapai anggota tentera untuk menerangkan isu-isu, ini menjadi fokus kita.”

Bagaimanapun, ahli parlimen Pulai Datuk Nurjazlan Mohammed percaya undi tentera dan polis masih kekal kepada BN, dengan berkata polisi kerajaan sekarang memanfaatkan angkatan tentera.

“Angkatan tentera tidak semestinya setuju dengan PKR dan DAP dalam semua isu, terutamanya rancangan mereka untuk mengecilkan perkhidmatan awam dan membuka angkatan tentera kepada semua kaum,” kata Nurjazlan kepada The Malaysian Insider.

Nurjazlan turut berkata kira-kira seribu orang pengundi dari anggota polis di Pulai semuanya menyokong BN.

Bagaimanapun, Azmin berkata Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan lebih ramai kemasukan anggota tentera ke dalam PKR.

Beliau berkata parti juga sedang berbincang tentang bagaimana untuk mendapatkan polisi terbaik bagi mendapatkan lebih ramai anggota keselamatan ke PR, seperti memberi tawaran untuk perumahan dan perubatan yang lebih baik.

“Kami percaya PR mampu untuk menyelesaikan masalah perumahan untuk mereka, walaupun untuk mereka yang berpangkat rendah, kerana pendapatan mereka rendah dan mereka tidak mampu untuk menyewa rumah di dalam bandar.

“Jadi kita harus selesaikan masalah perumahan untuk mereka,” katanya lagi.

“Selain itu, isu yang lain adalah kesihatan. Selepas mereka bersara, mereka mungkin berusia 60 atau 70 tahun dan terdedah dengan masalah kesihatan, tetapi ia sudah jadi terlalu mahal untuk bertemu pakar atau hospital swasta.

“Jadi saya percaya angkatan tentera seharusnya memiliki sebuah hospital sendiri dengan kelengkapan baru dan para doktor yang akan menjaga kebajikan mereka dan keluarga,” katanya lagi.

Terdapat 250,000 pengundi tentera di 25 kawasan parlimen seluruh negara, mereka termasuk tentera darat, laut dan udara.

Undi tentera sering dikatakan sebagai simpanan tetap untuk Barisan Nasional kerana kebanyakan dari mereka mengundi dengan cara undi pos, dimana pihak pengkritik mendakwa ia tidak menghormati kerahsiaan hak individu untuk mengundi.

Undi pos selalunya dibawa ke ibu pejabat polis atau kem tentera beberapa hari sebelum pengundian di seluruh negara, dan sering dikatakan undi tersebut dipantau oleh pegawai.

Tetapi kali ini, sistem diubah dan tentera kini mengundi menggunakan cara terbaru, dimana mereka tidak menggunakan sampul surat untuk mengundi.

Sebaliknya mereka akan mengundi seperti pengundi biasa, tetapi mereka mengundi lebih awal. Bagaimanapun, pengundi tentera masih boleh mengundi secara pos dalam beberapa situasi.

Walaupun pengkritik mengatakan sistem ini masih boleh ditipu, Azmin berkata terdapat harapan  besar dengan menghalang pegawai memantau undi mereka, anggota tentera kini boleh mengundi tanpa rasa takut.

“Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melangsungkan proses yang kita semua persetujui dalam jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk perubahan pilihan raya, saya percaya ia dapat menghapuskan ketakutan di kalangan pengundi di kem,” kata Azmin.

“Kerana tiada pegawai yang akan memantau undi mereka dan mengembalikan kerahsiaan pengundi untuk memilih kerajaan.”

Azmin adalah salah seorang dari ahli PSA, yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2011 bagi melihat tuntutan Bersih 2.0 untuk perubahan dalam sistem pilihan raya selepas perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya yang bersih dan acil.

Walau bagaimanapun, Nurjazlan berkata sementara perubahan dalam peraturan SPR tentang undi pos dapat memberi manfaat PR tetapi beliau berkata “kita akan lihat adakah undi semakin banyak untuk mereka”.

“Perubahan undi pos ini juga memanfaatkan BN kerana pengundi akan melihat BN lebih matang,” katanya lagi.


Oleh Clara Chooi

1 ulasan:

  1. otak otak anggota tentera dah di cuci bersih !!!!!!!

    BalasPadam